Saturday, November 28, 2009
Friday, November 20, 2009
COTTAGE PIE


1 kg daging lembu cincang
2 biji bawang besar dipotong dadu
1 batang lobak merah dipotong dadu
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan L&P Worcestershire Sauce
1 tin kecil tomato puree
2 sudu makan cili sos
serbuk lada hitam
garam
sedikit air
1 kilo kentang direbus
1 cawan mentega & sedikit marjerin
2 cawan susu segar
sedikit lada putih serbuk
garam
Keju Cheddar/Mozarella
Cara memasak:-
Panaskan oven.
Panaskan kuali lalu masukkan daging, bawang, lobak, garam, lada hitam & sos L&P. Masak hingga daging bertukar warna. Lalu tuangkan sedikit air, tepung, tomato sos & puree. Masak dgn api yg perlahan sehingga kering sedikit. Letakkan daging ini kedlm bekas pie & taburkan sedikit keju di atasnya.
Kentang dibuang kulit & blend bersama bahan2 yg lain spt susu, mentega & marjerin. Kemudian tuangkan ke atas daging. Taburkan parutan keju sekali lagi. Selepas itu dibakar hingga kentang bertukar warna kecokelatan.
Saturday, August 15, 2009
KEK SPAN GULA HANGUS

400 gm gula pasir
400 gm air paip
5 biji telur
350 gm tepung gandum
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh potas
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu pekat
sedikit vanila
Cara membuatnya:-
- Gunakan periuk yg bertangkai. Gula digoring hingga cair & biarkan warnanya agak gelap kecokelatan. Alihkan ke dlm sink kemudian kacau2 supaya ia tidak membuak keluar dari periuk waktu berbuih. Kemudian perlahan2 & berhati2 tuang sedikit demi sedikit air hingga habis. Tenggekkan balik ke atas api & kacau hingga gula larut tapi jgn sampai mendidih.
- Telur dipukul hingga betul2 kembang.
- Masukkan tepung, vanila, bicarbonate of soda & potas. Kacau.
- Kemudian susu pekat & mentega. Kacau lagi.
- Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau adunan hingga sebati kesemuanya.
- Panaskan oven.
- Tuang ke dlm loyang (dilenser dgn mentega & taburkan tepung sedikit).
- Setelah 1 jam barulah dibakar kek itu sehingga masak.
Friday, August 14, 2009
BUKU MASAKAN DOLU2

Antara buku2 rujukan masakan , buku yg di atas ini adalah yg ter... ter.. ter.. antik sekali. Masakan dhal kambing diambil dari sana juga. Tiada bahan2 pengawet kesemua bahan2 rempah menggunakan yg asli tiada short cut tiada long cut..

kenapa ayam terpaksa minum cuka?

Nak juga buat ayam cabut tulang.. tapi takut tak menjadi pulak!
Thursday, August 13, 2009
MINI HOT DOG

2 bungkus hotdog (potong 1/2)
lidi sate (pilih yg pendek)
tepung jagung (for dusting)
Bahan pencelup:-
2 cawan tepung naik sendiri
garam
1 biji telur (kocok lepas)
1.5 cawan air (gunakan cawan penyukat)
sedikit serbuk kari (kalau suka)
Peraturannya:-
Bancuh bahan pencelup & biarkan 10 mins.
Hotdog cucuk dgn lidi sate. Golek2kan atas tepung jagung kemudian celup ke dlm bancuhan itu. Pastikan kesemua hotdog itu bersalut. Lepas itu deep fry hingga masak.
Makan dgn cili sos.
Sunday, August 02, 2009
DALCA KAMBING

$3 daging kambing (potong kecil2)
2 cawan santan pekat (kalau menggunakan kelapa yg diparut haruslah dibuang kulit arinya agar dalca tidak kelihatan lebam)
air
Dimesin/giling halus
2 sudu besar ketumbar (disangai)
1/2 sudu besar jintan halus "
1/2 sudu besar jintan kasar "
10 tangkai lada kering
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
5 ulas bawang kecil
Lain2 Bahan Tumis
minyak sapi
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 inci kulit kayu manis
5 pelepah daun kari
1 biji bawang besar dihiris
5 ulas bawang kecil dihiris
garam
Bahan2 Lain
200 gm kacang dal (direndam 1/2 jam)
1 batang terung
3 biji kentang
2 biji tomato
air asam jawa
Peraturan membuatnya:-
- Panaskan minyak sapi & masukkan bahan2 tumis. Tumis hingga bawang kelihatan kekuningan.
- Kemudian masukkan rempah giling. Tumis hingga kelihatan garing.
- Lalu masukkan daging, kacang dal & santan. Tuangkan air secukupnya & masak sehingga daging empuk.
- Selepas itu masukkan terung & air asam jawa.
- Apabila mendidih masukkan kentang. Masak hingga empuk & tutup api baru dimasukkan tomato.
Sunday, July 19, 2009
ACAR REMPAH

1 sudu besar jintan kasar (disangai & ditumbuk/mesin lumat)
1 sudu besar jintan halus "
1 sudu besar ikan bilis "
5 ulas bawang putih "
1 biji buah keras "
20 ulas bawang kecil (dihiris)
5 ulas bawang putih "
Direndam dlm air kapur - 10 mins.
secukup lada merah & hijau (dibelah 2 jgn putus)
8 biji bawang besar (dibelah 4 jgn putus)
3 batang timun (dipotong2)
Bahan2 tumis lain:-
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kari
sedikit biji sawi, buah pelaga, garam
minyak, serbuk kunyit & cuka
1 sudu gula pasir
Cara memasak:-
Tumis bahan tumbuk & hiris hingga wangi kemudian masukkan bahan2 tumis yg lain. Masukkan lada & bawang. Matikan api & jauhkan periuk dari api. Baru masukkan timun.
Subscribe to:
Posts (Atom)